KERJA KERAJAAN DAPAT BANTUAN KESIHATAN DI HOSPITAL KERAJAAN BUKAN SEMUA “FREE”!!!

“Awak pergi la jual medikal kad ni kat orang lain. Saya kerja kerajaan. Kos rawatan semua kerajaan tanggung. Free.. saya layak wad 1st Class???”

Kami sebagai agen dah biasa dengan ayat-ayat pedas macam ni. Dalam dunia ni mana ada benda free??? Kita lihat kes-kes di bawah buat renungan bersama.

Kes 1 : Betulkah semuanya FREE di hospital kerajaan
Ramai yang anggap, kakitangan kerajaan mendapat rawatan di hospital kerajaan dengan PERCUMA. Memang benar. Tapi tidak semuanya percuma. Ada kes-kes di mana pesakit (walau kakitangan kerajaan sekali pun) terpaksa membayar kos rawatan di hospital kerajaan.
Ini membuktikan, walau pun kita kerja kerajaan, kita tetap memerlukan medical card atau kad perubatan.
Kes 2 : Kerja cikgu, mintak derma kalau dah sakit
Ini satu lagi contoh, artikel pasal seorang guru perlukan rawatan pemindahan buah pinggang. Disebabkan tiada wang, terpaksa minta derma. Selepas beberapa bulan masuk Berita Harian, perlukan RM 120,000, tapi hanya dapat sumbangan derma RM 3,708.
Kalau lah seorang guru (kakitangan kerajaan) terpaksa minta derma untuk dapatkan rawatan, anda yang kerja kerajaan bagaimana? Fikir2kanlah.
Pepatah Melayu ada mengatakan, “Sudah terhantuk baru nak mengadah”. Tapi ok, lepas terhantuk sekali lepas tu mengadah lagi. Tapi, dalam kes medical card nie, dah sakit baru nak ambil medical card. Boleh, tapi lulus ke tidak belum tentu.
Akhir sekali, anda fikirkan lah. Apa yang saya ceritakan, bukan omong2 kosong atau rekaan saya. Semuanya saya sertakan dengan bukti.
Kes 3 : Menunggu giliran untuk pembedahan
Selain itu, untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan pesakit terpaksa menunggu berbulan-bulan untuk sampai ke giliran kita. Kalaulah penyakit yang kita hidapi tersebut memerlukan rawatan segera, bagaimana? Sanggupkah kita tunggu dan berserah begitu sahaja?
Tidak dinafikan, rawatan di hospital kerajaan pun bagus, tapi kalau terpaksa menunggu giliran seperti yang saya sebutkan di atas tadi, macamana? Sekurang-kurangnya, kita ada pilihan untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta dengan lebih cepat. Saya umpamakan medical card ini seperti “Tayar Spare” di kereta kita.
Cuba kita fikirkan, kenapa kita usung ke hulu-hilir tayar spare tu sedangkan tayar kereta kita tak bocor. Jawapan standard yang akan diberikan – langkah berjaga-jaga kalau tayar bocor, sedangkan adakalanya kereta yang kita bawa tidak pernah bocor sepanjang kita pandu. Sampai la tukar tayar, tak pernah bocor. Tapi kita masih bawa juga Tayar Spare tersebut atas alasan “Kita tak tau bila tayar kita bocor atau pecah”. Jadi, sama la juga keadaan medical card. Oleh kerana kita tak tau bila kita sakit, sebab tu kita perlu ada medical card.
Advertisements

About Viva

AIA Takaful Agen
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s